Quantcast
Channel: Kasih Ilmar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 603

Kerabu Pegaga

$
0
0

Assalamualaikum..

Kali ini saya pos kerabu pegaga pula. Hidangan ini sesuai bagi mereka yang begitu perihatin menjaga kesihatan terutama dibulan yang mulia ini. :D

image

Bahan-bahan:

2 ikat pegaga, ambil daun dan batang yang lembut sahaja. Pegaga dihiris kasar
1 biji buah tomato dipotong kiub
7 ulas bawang merah dihiris
3 cili merah dibuang biji
5 cili padi
4 sudu besar penuh kelapa parut
3 sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa

Cara:

1) Tumbuk cili padi dan cili merah tapi jangan lumat dan kemudian masukkan kelapa parut dan tumbuk bagi sebati
2) Satukan bahan yang ditumbuk, bawang merah, buah tomato dan pegaga, jus lemon dan garam secukup rasa. Gaul dan ramas sehingga rata dan sebati.
Siap untuk dihidang



Viewing all articles
Browse latest Browse all 603