Quantcast
Channel: Kasih Ilmar
Viewing all 603 articles
Browse latest View live

Burung & Herba Dill

$
0
0

Pagi tadi bila tengok pokok bawang dah pun boleh dituai…
Saya hiris daun bawang sederhana panjang, mmm.. dapatlah semangkuk. :)
Kemudian goreng dengan burung & herba dill…

Jom tengok makanan kegemaran anak saya.
image

image

BURUNG & HERBA DILL
image
Bahan-bahan:
1) 5 ekor burung dipotong empat
2) 7 ulas bawang putih ditumbuk lumat
3) 1 tsp serbuk herba dill
4) 1 tsp serbuk jintan manis
5) 10 tangkai cili kering dihiris dan biji dibuang
6) 1 mangkuk daun bawang yang telah dihiris
7) 3 tbsp minyak sapi
8) 1/2 tsp serbuk herba dill

Caranya:
1) Perap burung dengan bahan 2~4 dan garam selama 1 jam
2) Goreng dan toskan
3) Panas minyak sapi dan tumis cili kering. Kemudian masukkan daun bawang dan 1/2 tsp serbuk dill.
4) Masukkan burung dan kacau hingga rata.

Mmmm…smell so good
Yummy!



Pokok Puding

$
0
0

Terdapat banyak jenis pokok puding yang mempunyai pelbagai bentuk daun dan warna. Biasanya pokok ini dijadikan tanaman hiasan kerana daunnya cantik berwarna warni.
Cara menanam pokok puding dan penjagaannya tidaklah susah tetapi ia memerlukan dedahan cahaya matahari yang banyak. Pokok puding ditanam dengan mengunakan keratan dahan ataupun ranting.

Siapa sangka tumbuhan ini boleh dimakan. Biasanya daun muda berwarna kuning dimasak kerana rasanya manis tapi pedas bila dah matang. Manakala daun merah tua pula rasanya pedas dan ada berpendapat daun ini tidak makan. Kalau di Negeri Sembilan ada setengah jenis daun puding sering dimasukkan dalam masakan rendang ayam.

Air akar pokok puding berdaun hijau dan merah diminum untuk melawas buang air besar dan merawat kejang perut. Manakala air rebusan daun hijau pula diminum dan disapu pada badan untuk merawat demam panas.

image

image

image

Air dari daun puding dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat perancang keluarga. Oleh itu puding tidak elok dimakan oleh wanita yang ingin hamil atau yang sedang hamil.

Ruj:
Ong Hean Chooi: Tanaman Hiasan
Khasiat makanan dan ubatan.


Sayur Lemak Mengkudu

$
0
0

Pagi tadi saya petik pucuk dan daun muda mengkudu yang saya tanam ditepi rumah. Dah lama sangat tak buat masak lemak daun ini. Sedap juga bila masak dengan jeruk belimbing.

image

image

image

Saya rebus daun mengkudu dan kemudian bilas dan perah daun beberapa kali untuk buangkan pahitnya.
Untuk masak lemak daun mengkudu kali ini saya masukkan serai dan jeruk belimbing buluh selain dari sedikit ikan masin kurau.
Seperti biasa tumbuk cili padi dengan serbuk kunyit. Panaskan air secukupnya dan masuk bahan yang ditumbuk, serai yang dititik dan ikan masin. Bila ikan masin dah masak baru masukkan daun mengkudu dan jeruk belimbing. Akhir sekali barulah masukkan santan. Kacau sehingga rata dan biarkan mendidih sekejap saja baru padam api.

Berselera betul makan tengah hari tadi. :)

Jom baca tentang khasiat daun mengkudu yang sangat baik untuk kesihatan badan.


Wordless Wednesday

Kari Pandan

$
0
0

Hi everyone, especially curry fans out there let’s try this recipe..

image

image

Bahan-bahan:
1) 8 ekor burung puyuh / 1 ekor ayam dipotong 8
2) 8 ulas bawang merah & 4 ulas bawang putih dimayang nipis
3) 2″ kulit kayu manis, 5 bunga cengkih, 3 bunga lawang dan 3 buah pelaga
4) 5 tbsp rempah kari daging campur sedikit air
5) 2 helai daun pandan disimpul
6) 1 yogurt asli Nestle (470g).
7) 6 tomato ceri
8) 1 mug air

Caranya:
1) Tumis bahan 2 & 3 hingga bawang kekuningan
2) Masukkan rempah kari dan masak hingga terbit minyak
3) Masukkan 1 mug air dan masak hingga mendidih
4) Masukkan burung atau ayam dan kemudian masukkan tomato ceri dan daun pandan.
5) Bila burung puyuh atau ayam dah masak, akhir sekali masukkan yogurt dan garam secukup rasa.

Mmm… sedap bila cicah dengan roti :)

Manfaat Daun Pandan


Salam Jumaat

$
0
0

Buat renungan kita bersama…

Allah SWT berfirman:

image

Maksudnya:
‘Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalanan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.’

Al Hujuraat: Ayat 12


Tranquility

$
0
0

I feel sense of peace and tranquility when I stand at the edge of the pond watching fish.
Not only is the view breathtaking, watching them can also be therapeutic…
Koi Fish really is beautiful.
What a blissful treat!

image
image

image

image

image


Pokok Sepit Udang

$
0
0

Pokok Sepit Udang atau dipanggil juga Heliconia sering ditanam di perkarangan rumah sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya cantik dan warna pun menarik, mungkin sebab itu agaknya ramai yang gemar menanam pokok ini.

Ia senang tumbuh tanpa perlu penjagaan yang rapi. Namun ia juga cepat membiak jadi merimbun dan nampak semak jika tidak dijaga dengan baik. Salah satu sebab jugalah mengapa saya tidak suka tanam heliconia ini. Kata kawan saya, ular suka berteduh dirimbunan pokok heliconia sebab ia lembab dan sejuk. Mungkin ada kebenarannya atau cuma satu kebetulan saja bila saya pernah terjumpa beberapa ekor anak ular…

Pokok heliconia perlu banyak air, cahaya matahari dan tanah yang kaya dengan humus untuk membesar dengan baik. Tumbuhan ini mempunyai antara 100-200 spesis. Kebanyakan daun pokok heliconia kelihatan seperti daun pisang. Terdapat berbagai bentuk bunga heliconia dan kebanyakannya cantik dan unik.

image

image

image

image

image

image



Sup Ayam Daun Cili

$
0
0

Hidangan yang mudah, simple & sihat..
Jom cuba.

DAUN CILI KAMPUNG
image

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung dipotong kecil
2) 4 ulas bawang putih dicincang
3) Serbuk lada sulah
4) 1 1/2 mangkuk daun cili yang telah dihiris nipis
5) Sediki cili padi dihiris nipis & garam

Cara:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2) Masukkan air secukupnya dan masak sehingga mendidih
3) Masukkan ayam.
4) Bila ayam dah masak baru masukkan daun cili, serbuk lada sulah, sedikit cili dan garam secukup rasa.

Bagi saya masukkan banyak lada sulah sehingga terasa membuat sup ini rasa lebih sedap.

Selamat mencuba :)


Wordless Wednesday

Udang Berserai

$
0
0

SELERA KASIH :)

Udang Berserai pembuka selera.

image

Bahan-bahan:
1) 20 ekor udang segar sederhana besar, buang kulit dan bersihkan
2) Cili merah & cili padi dikisar/tumbuk kasar. Banyak, terpulang pada citarasa pedas
3) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
4) 1 biji tomato dihiris kiub
5) 4 helai daun muda limau purut, buang bahagian keras dan mayang halus dan dicincang.
6) 3 batang serai, ambil bahagian lembut, dihiris nipis dan dicincang
7) Jus lemon. Banyak, terpulang pada citarasa masam
8) 2 tbsp minyak zaitun & garam secukup rasa.

Cara:

1) Masukkan udang ke dalam periuk. Masak sekejap di atas api yang kecil. Kemudian biarkan sejuk
2) Masukkan bahan 2~8 ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati
3) Akhir sekali masukkan udang & air udang ke dalam mangkuk dan gaul rata.

Selamat menjamu selera.


Khasiat Buah Gardenia

$
0
0

Beberapa bulan yang lalu, ketika saya berada di dalam Siam Supermarket, Bangkok..

Saya ternampak bebagai jenis herba dan salah satunya adalah buah gardenia. Masa tu saya tidak tahu yang buah gardenia ini adalah dari pokok bunga cina. Saya juga tidak tahu manfaat buah gardenia ini dan harganya pun tidaklah mahal.

Rupanya herba ini sering digunakan dalam perubatan Cina.

Buah gardenia banyak khasiatnya terutama untuk merawat jangkitan pundi kencing. Ia juga boleh merendahkan tekanan darah dan melegakan sakit dan pening kepala, demam panas, merawat sembelit, buang air kecil tidak lawas, batuk dan muntah berdarah, sakit kelamin seperti gonorea dan demam kuning.

Air rebusan buah gardenia baik untuk stres, ketegangan, kegelisahan dan membantu insomnia.

image

image

image

image

Pokok bunga cina mengeluarkan bunga berwarna putih dan baunya harum. Kelopak bunga cina sering dimasukkan ke dalam minuman teh untuk mendapatkan bau wangi.

Oh ya, bagi mereka yang mengambil ubat darah tinggi, dapatkan pandangan doktor sebelum mencuba teh gardenia.

Ruj:
Ong Hean Chooi:
Tanaman hiasan
Khasiat makanan & Ubatan
Siti Fauziah:
Tanaman hiasan Ubatan
Di Sekeliling Anda

Health Benefits of Gardenia Tea


Menu Kesukaan Anak.

$
0
0

Anak-anak saya sangat suka masakan ayam atau daging berkicap. Hari ini saya masak satu lagi menu kegemaran mereka iaitu Ikan bilis berkicap. Mmm.. sedap! :)

Jom cuba.

image

Bahan-bahan:
1) 3/4 mangkuk ikan bilis yang telah dibersihkan
2) 10 ulas bawang merah dimayang nipis
3) 3 ulas bawang putih dihiris nipis
4) 7 tangkai cili kering dihiris
5) Kicap pekat
6) Sedikit lada hitam

Cara:
1) Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan
2) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan
3) Masukkan cili kering dan goreng hingga garing
4) Masukkan kicap dan ikan bilis dan kacau hingga sebati dan akhir sekali masukkan lada hitam.

It is a simple dish and yet they ♥ it so much!


Doa

$
0
0

Doa Nabi Ibrahim as. dalam al-quran…

Memohon dikurniakan zuriat yang soleh.
image

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh”
Surah Ash-Shaaffaat : ayat 100

Memohon kekal dalam mendirikan solat & keampunan.
image

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”

Surah Ibrahim: ayat 40~41


Kerabu Sawi

$
0
0

CITARASA KASIH :)

KERABU SAWI
image

Bahan-bahan:

Sayur sawi dicelur hingga lembut, dihiris kasar dan diperah buang air.
1) 1/2 mangkuk sayur sawi yang telah dihiris
2) 5 ulas bawang merah
3) 2 cili merah dibuang biji & sedikit cili padi
4) 1/2 genggam ikan bilis direndam dengan air panas dan toskan
5) Jus lemon
6) Sedikit lada sulah dan garam secukup rasa

Caranya:
1) Bahan 2~4 dikisar/tumbuk. Jangan lumat
2) Kemudian gaul bahan dikisar dengan sayur sawi sehingga rata.
3) Masukkan jus lemon, lada sulah dan garam secukup rasa dan gaul sehingga sebati

Selamat mencuba.



Nothing but trees :)

Menu hujung minggu

$
0
0

Selera Kasih.

image

Bahan-bahan:
1) 5 pokok cendawan eryngii dihiris
2) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3) 3 batang serai diambil bahagian lembut, dihiris nipis dan dicincang halus
4) 5 tangkai cili kering dihiris
5) 2 tbsp sos tiram
6) Serbuk lada sulah & garam secukup rasa
7) Sedikit air

Caranya:
1) Tumis bawang putih dan serai sehingga kekuningan
2) Masukkan cili kering dan goreng sekejap
3) Kemudian masukkan cendawan dan sedikit air (4tbsp)
4) Bila cendawan dah lembut dan masak baru masukkan sos tiram, lada sulah dan garam

Enjoy! :)


Luo Han Guo

$
0
0

Di Negara China dan Thailand, buah Luo Han Guo digunakan untuk tujuan perubatan. Buah ini terkenal kerana rasanya manis dan ekstraknya digunakan sebagai pemanis. Luo han guo adalah beratus kaliganda manis daripada gula. Ia telah digunakan berabad-abad lamanya oleh orang Cina sebagai pemanis kalori rendah untuk merawat obesiti. Khasiatnya dikatakan memberi banyak manfaat pada kesihatan.

Buah organik luo han guo telah digunakan sebagai herba merawat batuk dan sakit tekak. Ia juga didapati berkesan merawat kencing manis dan disamping itu dikatakan boleh meningkatkan sistem imun, kelenjar dan sistem penafasan, merawat selsema, melegakan kesesakan paru-paru, saluran penghadaman, menggalakkan pergerakan usus dan menghilangkan kahak.

Buah ini biasanya dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan kerana buah segar sukar disimpan sebab ia mudah rosak.

image

image

Buah kering luo han guo berkulit keras dan nipis. Mudah dihancurkan.
Sebiji buah luo han guo dipecah kecil dan direneh dengan 5 cawan air selama 5~10 minit.

Bagi saya, rasa air rebusan buah ini tidaklah begitu sedap tapi bolehlah diminum :)


Ref:
Luo Han Guo
Sweet Fruit Used as Sugar Substitute and Medicinal Herb


Telur Dadar Epal Hijau

$
0
0

Suami saya gemar sangat beli epal hijau dan biasanya cuma dia seorang saja yang makan. Saya pula tidak begitu gemar buah ini. Jadi selalunya saya akan masukkan kedalam masakan untuk elak pembaziran.

Semalam saya masak telur dadar dan masukkan epal hijau. Bagi saya telur dadar epal hijau ini sedap bila masin-masin sikit. Kemudian makan dengan ulam dan cicah dengan sambal.

Pada mulanya rancang nak masukkan juga hirisan buah tomato kedalam telur dadar, tapi terlupalah pulak. Mmmm… masih ada banyak biji buah epal dalam peti sejuk, esok-esok boleh masak lagi :)

image

image

Bahan-bahan:
1) 4 biji telur
2) 1 labu bawang besar dimayang
3) 1 biji epal hijau dibuang kulit dan dimayang
4) 1 cili merah dibuang biji dan dicincang
5) Lada hitam dan garam secukup rasa

Caranya:
1) Panaskan sedikit minyak dan masak epal dan bawang sehingga layu. Biarkan sejuk.
2) Pukul telur dan masukkan bahan yang dimasak, cili, lada hitam dan garam.
3) Goreng seperti biasa. Semasa nak balikkan telur dadar kena lebih berhati-hati kerana ia mudah pecah.
4) Sebelum dihidang bolehlah dipotong kecil.

Sedap makan semasa panas dan cicah dengan sambal.

Ok, selamat mencuba.


Beauty is in the eyes of the beholder..

Viewing all 603 articles
Browse latest View live