Quantcast
Channel: Kasih Ilmar
Viewing all 603 articles
Browse latest View live

Belalai Gajah

$
0
0

Benarkah daun Belalai Gajah atau dengan nama lain Sabah Snake Grass boleh mengubati pelbagai jenis penyakit kanser?

Herba ini dikatakan ajaib kerana mampu merawat penyakit kanser walaupun pada tahap kanser yang serius…

Jom baca,

Daun Belalai Gajah dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

image

Khasiat daun ini mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi dan diabetes. Ia juga mampu mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan disamping mengurangkan keletihan.

Walaupun belum ada kajian saintifik dan klinikal mengenai khasiat daun Belalai Gajah, tetapi terdapat banyak testimoni tentang kehebatan herba ini yang dikatakan dapat menyembuhkan penyakit kronik seperti penyakit kanser. Dikalangan masyarakat China, daun Belalai Gajah telah lama digunakan sebagai herba untuk merawat kanser….

Setiap penyakit ada penawarnya maka kita kena berikhtiar tanpa putus asa, berdoa dengan penuh harapan, bertawakkal dan berserah kepada Allah yang Maha Esa.. kerana segala sesuatu itu ketentuan Nya….


Daun Belalai Gajah – Utusan


Belalai Gajah-Berita Harian

Sabah Snake Grass – Tea Code



Subang Nenek

$
0
0

Pokok ini mudah tumbuh khususnya dikawasan lembap.

Herba ini dikatakan mujarab bagi merawat sakit gigi atau bengkak gusi. Sesuai digunakan bagi rawatan sementara sebelum ke klinik gigi.

Caranya adalah mengambil beberapa helai daun yang telah dibersihkan terlebih dahulu, ditumbuk lumat dan sapu pada gigi atau gusi yang sakit atau bengkak. Rasa kebas, berangin dan sedikit pedas boleh mengurangkan atau melegakan rasa sakit gigi.

image

image

Daun muda Subang Nenek boleh dibuat ulam dengan dicelur dan makan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau cecahan lain bersama nasi.

Dikatakan dengan memakan daun Subang Nenek sebagai ulam dapat merangsang pencernaan air liur bagi yang menghadapi pengeluaran air liur yang kurang, dapat merawat sembelit dan buasir

Bagi saya, rasa daun dan bunga subang nenek ini yang sedikit pedas, berangin dan kebas ini membuat ia tidak sedap dimakan sebagai ulam.
Ada pula yang mengatakan kalau makan 5 atau 6 helai daun ini akan membuat seorang itu merasakan seolah-olah dia tidak mempunyai gigi disebabkan oleh rasa kebas dari daun subang nenek itu.. :)


Masakan Asam Rebus Bawal Putih

$
0
0

Bagi sesiapa yang nak kurangkan makan masakan mengoreng, demi untuk menjaga kesihatan bolehlah cuba resipi ni. :)

image

image

Bahan-bahannya:

1) 3 ekor bawal putih
2) 4 cawan air
3) 3 keping asam keping, kalau kurang masam lebihkan asam keping.
4) 2″ lengkuas dihiris
5) 1 kuntum bunga kantan
6) Daun kesom
7) Cili padi di hiris dan garam secukup rasa.

Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan semua bahan di atas. Dah masak bolehlah dihidang, hmm… menyelerakan

Ok, selamat menjamu selera :)


Bunga Kantan

$
0
0

Bunga kantan digunakan sebagai ulam perasa dan perisa makanan. Ia juga membangkitkan bau pada masakan.

image

Ekstraks kantan bersifat antimikrob dan antibakteria.
Bunga kantan dimakan mentah atau rebusan airnya diminum untuk mewangikan badan. Air rebusan daun kantan digunakan untuk mencuci kudis dan luka. (Sumber: Rempah-ratus, Ong Hean Chooi)

Kantan boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak dan meningkatkan selera makan.
Dikata air rebusan bunga kantan berkesan merawat gout, dengan merebus 3 batang bunga kantan dengan 4.5L air sehingga tinggal 3L dan minum 3 hari berturut-turut.

Saya baru je tahu rupanya batang kantan ni digunakan untuk membuat tikar dan daunnya pula digunakan sebagai pembungkus makanan. Hmm… selalu dok jumpa tikar mengkuang, kalau jumpa tikar buatan batang kantan, bolehlah beli.. :)


Daging Tomato

$
0
0

Masak daging tomato ini macam masak rendang daging lah pulak, lama di atas api sebab nak hancurkan bawang dan pekatkan kuah.

Resipi ini tidak mengunakan cili. Biasanya bila makan dengan nasi kami suka cicah dengan cili kicap. Daging tomato ini sedap juga di makan dengan ubi kentang bakar bersama sayur kukus.

Jom tengok resipinya..

image

image

Bahan-bahannya:

1) 1/2 kilo daging dipotong empat
2) 2 labu bawang besar dipotong kiub
3) 3 ulas bawang putih dicincang
4) 3 biji tomato dipotong kiub
5) 3 cawan air
6) 1/2 botol organic tomato sauce with vegetables (boleh juga guna tomato puree)
7) Lada hitam dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya:
1) Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Masukkan tomato dan air.
2) Bila dah mendidih masukkan tomato sauce dan daging. Masak di atas api yang kecil sehingga kuah menjadi pekat. Kemudian masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.

Ok, selamat mencuba :)


Udang MJ

$
0
0

Ketika nak beri nama pada resipi ini, saya tersengeh sendirian. Susah juga rasanya nak beri nama sebab bahan-bahannya simple je. Dulu Daging Jintan so tak kan Udang Jintan jugak. Fikir punya fikir akhirnya dapatlah ilham. Masakan ini diberikan nama Udang MJ, yakni udang masak jintan, hehe..

Walaupun resipi ni biasa je, tapi bagi saya masakan ni best la!

image

image

Bahan-bahannya:
1) 10 ekor udang kertas, tidak dibuang kulit
2) 1 labu bawang besar dihiris bulat
3) 3 ulas bawang putih diketuk kemudian dicincang
4) 10 tangkai cili kering, dihiris
5) 3/4 tsp serbuk jintan manis
6) 1/2 tsp biji jintan manis
7) kunyit dan garam secukup rasa

Cara:
1) Perap udang dengan serbuk jintan manis, kunyit dan garam selama 15 minit
2) Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan cili kering dan biji jintan manis dan goreng sehingga jintan kelihatan garing dan masukkan udang…

Teringat pulak kat Dato’ Chef Wan, dia kata “bila ekor dan kepala udang bercantum semasa memasak, tu tandanya udang dah masak”.Satu petua yang saya dapat ketika menonton salah satu programnya, :)

Ok selamat menjamu selera!


Selom

$
0
0

Khasiat ulam tidak boleh dinafikan lagi, ia memberi banyak manfaat kesihatan kerana ia mengandungi vitamin, mineral, enzim, serat dan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.

Bagi seorang yang sihat, mengamal memakan ulam bukan saja menyihatkan badan malah ia juga melewatkan penuaan. Namun bagi mereka yang ada masalah kesihatan, pemakanan ulam perlulah berhati-hati agar tidak memakan ulam yang boleh mendatangkan kesan negatif. Contohnya, bagi mereka yang mengambil ubat untuk kencing manis, tidak digalakkan makan banyak ulam sambung nyawa kerana ulam ini akan merendahkan lagi paras gula dalam darah dan ini berbahaya pada kesihatan. Jadi bagi mereka ini, pilihlah ulam yang hanya akan memberikan kesan positif pada kesihatan saja…

Hari ini mari kita bicara tentang daun selom. Bagi mereka yang gemar laksa utara, kalau daun selom tak ada, laksa tu rasa macam tak ada umph! hehe… tapi saya ok je ;)

Selom dikatakan mempunyai nilai perubatan dan kegunaan tersendiri. Buahnya diambil sebagai perangsang buang air kecil dan untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus. Minum air rebusan daun dan batang selom menjadi penawar untuk demam panas, selsema, susah buang air kecil dan kencing bercampur darah.
(Rujukan: Sayuran, Ong Hean Chooi)

image

Selom juga membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman dan dipercayaai mampu melegakan sembelit.

Kini pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai makanan tambahan yang baik untuk kesihatan…

Jom kita tingkatkan pengambilan ulam..

Badan sihat.. hidup bahagia.
Hidup bahagia.. nampak awet muda! ;)


Percik Ayam Kukus

$
0
0

Masakan Ayam Percik saya ni mudah je, tambahan pula bila dikukus. Saya kurang gemar percik ayam bakar terutama yang dijual di pasar malam. Saya akui percik ayam bakar memang sedap tapi tiap kali nak makan hati saya risau sikit. Bukan apa, burnt chicken is bad for health and can cause cancer, nauzubillah. Saya juga takut nak makan satay! Bukanlah tak makan langsung tapi jarang sekali.. :)
Kalau boleh nak jauhi makanan-makanan yang boleh memudharatkan kesihatan tapi bila teringin tu kadang-kadang makan je, hehe..

kalau Allah tetapkan sakit, kita tetap akan sakit, ya tak? Tapi usaha jaga kesihatan tu wajibkan?

Jom tengok resipi percik ni..

image

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung
2) 1 1/2″ halia
3) 6 ulas bawang merah
4) 3/4 tsp serbuk jintan manis
5) 3/4 tsp serbuk jintan putih
6) 1tsp halba dan garam secukup rasa
Bahan 2~6 ditumbuk

Untuk kuah:
1) 1 batang serai dihiris
2) 6 ulas bawang merah
3) 1/2″ halia
4) 3/4 tbsp serbuk cili kering / terpulang
5) Gula molasses dan garam secukup rasa
6) 1/2 kotak kecil santan kara atau 1/2 cawan santan pekat. kalau nak rasa lebih lemak kena tambah santan.
7) Tepung jagung untuk pekatkan kuah
8) 2 keping asam gelugur.
Bahan 1~4 dikisar

Cara:

1) Masukkan secukup air dalam periuk pengukus, jangan terlalu banyak kerana air ini akan digunakan untuk masak kuah percik nanti. Untuk masak kuah nanti perlu 1 cawan air ini.
2) Bahan yang ditumbuk dilumurkan pada ayam dan perap selama 1 jam.
3) Kukus ayam selama 20~30 minit atau sehingga masak.

Untuk kuah
1) Masukkan 1 cawan air kukus ayam kedalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar.
2) Bila dah mendidih, masukkan santan dan kacau hingga masak. Masukkan asam gelugur, gula dan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan sedikit air. Kacau hingga pekat dan masak.

Sebelum hidang tuangkan kuah keatas ayam dan selamat menjamu selera..  ;)



Jeruk Timun

$
0
0

Dah dua bulan saya plan nak buat jeruk timun ini tapi tak kesampaian sebab timun kecil yang dicari-cari di supermarket tak ada. Minggu lepas saya ke Pavilion jadi singgahlah sekejap di supermarketnya. Ketika sedang pusing-pusing tolak trolley tiba-tiba ternampak timun kerdil, apa lagi… maka terjadilah jeruk timun ini, hehe….

Biasanya bila buat jeruk, saya tidak guna gula. Saya akan guna buah epal dan pear sebagai ganti gula. Tapi kali ini saya cuba guna gula molasses. Molasses mengandungi pelbagai mineral dan ia berkhasiat berbanding dengan gula biasa yang tidak ada nutrien kecuali simple carbohydrates.

Resipi ni dari Maangchi cuma saya olah sikit, guna gula molasses. Saya dapati ramai yang komen jeruk ni sedap, tetapi masin. Menurut Maangchi, garam yang banyak perlu untuk rangupkan timun dan sebelum makan rendamkan timun dengan air untuk kurangkan masin. Saya dah cuba dan bagi saya memang best jeruk ini. Cuma perlu hiris timun dulu sebelum direndam air sebab dengan cara ini masin boleh dikurangkan. Kalau rendam sebiji2 macam tu dalam air, timun masih masin. Terpulang berapa lama nak rendam, mengikut cita rasa. Ada juga bagi setengah orang jeruk ni tak masin…

Jom tengok resipi jeruk timun.. :D

image

image

image

image

image

Bahan-bahannya:

1)  Timun kecil
2)  4 1/2 cawan air
3)  3/4 cawan gula molasses
4)  1/2 cawan garam himalayan
5)  1/2 cawan cuka epal

Caranya:
1) Cuci timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
2) Masukkan bahan 2~4 ke dalam periuk dan masak selama 20 minit di atas api yang sederhana (kalau mengikut maangchi 40 minit di atas api yang besar).
3) Tuangkan air rebusan ke dalam mangkuk timun.
4) Bila dah sejuk masukkan ke dalam balang dan tutup. Selepas 24 jam, biarkan timun di dalam balang. Air dalam balang timun dikeluarkan dan dimasak semula selama 10 minit. Bila dah sejuk tuang semula kebalang timun dan simpan kedalam peti sejuk. Dibuat begini supaya jeruk ini tahan lama sebab tak guna bahan pengawet. Selepas seminggu jeruk timun dah boleh dimakan.

InsyaAllah bila dah habis jeruk timun ni, saya nak buat lagi. Sedap makan dengan nasi dan apa saja.. ;)

Maangchi


Belinjau

$
0
0

Belinjau?
Belingar?
Melinjau?

Yang mana satu?
Bunyi pun hampir sama

Yang saya tahu, tiga-tiga pun boleh.

Bagi saya daun belinjau ni memang sedap dimasak. Kadang-kadang tu bila makan rasa macam daun asin-asin la pulak. Ada orang suka masak lemak tapi saya suka rebus gitu je. Daun Belinjau ni boleh dicelur dan dicicah dengan sambal.

Pucuk Belinjau tinggi kadar vitamin A dan C dan begitu juga dengan zat mineral.
image

image
Bila rebus daun belinjau, saya suka masukkan lengkuas, bawang putih, bawang merah, ikan bilis, cili merah dan lada hitam, sedap gitu.. :)

image
Buah belinjau yang muda boleh dibuat gulai lemak dan yang dah masak boleh direbus dan dimakan isinya. Biji belinjau yang ditumbuk boleh dijadikan kerepek. Biji belinjau mengandungi kadar urea yang tinggi, tidak digalakkan makan dengan banyak bagi mereka yang ada masalah gout. Rasanya yang sedikit pahit sering dijadikan makanan ringan…


Cemamar

$
0
0

Ramai orang kata cemamar ni nampak macam daun kari tapi besar. Entahlah, mungkin juga :)

Bau daun cemamar agak kuat dan rasanya, bagi pandangan saya dipengaruhi oleh bau dan sedikit pahit. Sedap? Hmmm… saya kurang gemar pucuk muda ulam cemamar. Tapi cemamar ini berkhasiat dan baik untuk kesihatan badan.

Cemamar digunakan sebagai herba untuk merawat tenaga batin, melancarkan peredaran darah dan baik untuk wanita yang baru lepas bersalin. Ia juga mampu menurunkan kadar kolesterol, merawat lemah badan, badan kesejukan dan berangin.

image

Bagi mereka yang ada darah tinggi tidak digalakkan memakan cemamar kerana ia boleh membuat badan terasa panas dan akan menyebabkan rasa pening..

Daun cemamar juga boleh merawat pelbagai jenis penyakit kulit.

Oh ya, biasanya pucuk muda cemamar dimakan sebagai ulam :)


Asam Pedas Bawal

$
0
0

Teringat pada zaman muda dahulu, almaklumlah ketika tu tak pandai masak. Tiap kali bila nak masak, mesti buka buku resipi dan pasti ikut satu persatu arahan resipi. Kalau salah satu bahan tak ada, sahlah tak jadi masak. Jadi saya selalu pastikan dulu semua bahan-bahan tu ada, bila saya nak memasak. Tapi itu dulu-dulu.. Sekarang? Masak je walaupun tak cukup bahan. :)

Masak asam pedas ada macam-macam cara.
Ada setengah tu letak daun kesom atau bunga kantan. Tapi resipi kali ini, saya letak daun limau purut.
Berlainan daun diletakkan dalam masakan akan timbul berlainan bau dan rasa.. Saya suka bau dan rasa daun limau purut, hmm.. wangi!

Masakan asam pedas ni tak ada belacan..
image

image

Bahan-bahan:
1) 1 tsp serbuk ketumbar
2) 1/2 tsp jintan putih
3) 1/2 tsp jintan manis
4) 20 cili kering, direndam air panas
5) 3 ulas bawang putih
6) 1″ halia
7) 1 labu bawang besar
8) 2 tbsp kerisik & 2~3 helai daun limau purut.
9) 1 ekor ikan bawal
10)Asam jawa + 1 cawan air, garam dan gula merah

Caranya:

1) 1~7 dikisar hingga halus.
2) Tumis bahan dikisar sehingga terbit minyak dan masukkan kerisik.
3) Masukkan air asam jawa dan daun limau purut yang diramas-ramas terlebih dahulu. Saya suka kuah yang pekat jadi tak masuk banyak air. Terpulang pada citarasa..
4) Akhir sekali garam dan gula merah secukup rasa.

Ok dah ready.. Jom jamu selera :D


Sup Ayam Ketumbar untuk Detoks?

$
0
0

Resipi ini sesuai untuk mereka yang merancang nak melakukan detoks. Daun ketumbar yang dimasukkan ke dalam sup ayam ini mempunyai banyak kelebihan selain mampu menyahkan logam berat yang terdapat di dalam badan. Sering melakukan detoks membuat badan terasa lebih ringan, segar dan sihat. InsyaAllah.

Keracunan logam berat dalam tubuh menjadi punca ketidakseimbangan hormon, kanser, masalah tiroid, gangguan neurologi, kemurungan dan alahan makanan.

Apabila terlalu banyak toksin terkumpul di dalam badan, metabolisme menjadi perlahan dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya toksin berpotensi merbahayakan tisu badan dan boleh membawa kepada penyakit.

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung
2) 4 ulas bawang putih
3) 3″ lengkuas di hiris nipis
4) 1 ikat daun ketumbar
5) Cili padi dan garam secukup rasa.
6) 4~5 cawan air

Bila air dah mendidih, masukkan ayam dan bahan lain dan rebuslah sehingga masak. Akhir sekali baru masukkan garam secukup rasa.

Jom detoks! :)

Bacaan lanjut: khasiat ketumbar.

Daun ketumbar dikatakan makanan penyembuhan dan mempunyai lebih besar kepekatan antioksidan dari beberapa jenis buah dan sayuran…


Pecah Beling

$
0
0

Pagi ini saya ingin berbicara tentang herba Pecah Beling. Ada juga orang panggil herba ini Pecah Kaca. Pokok ini mudah di tanam. Daun pecah beling yang kasar dan kesat ini mempunyai kandungan vitamin, mineral dan antioksidan yang sangat tinggi.

Menurut kajian, ekstrak air pecah beling mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia dan AIDS. Ia juga dikatakan mampu membunuh sel kanser tanpa kesan sampingan atau keradangan.
Fitosterol dalam pecah beling mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus dan ini menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap. (Fitosterol merupakan sterol yang terdapat di dalam tanaman dan mempunyai struktur yang mirip dengan kolesterol. Fungsi fitosterol ialah menurunkan kadar kolesterol di dalam darah dan mencegah penyakit jantung. Ia sangat bermanfaat bagi kesihatan manusia).

image

Daun ini telah digunakan secara traditional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang. Ada berpendapat herba ini juga boleh merawat tekanan darah tinggi dan mencuci buah pinggang.

Daun pecah beling boleh dikeringkan dan dijadikan sebagai minuman teh herba. Saya pernah cuba, rasanya ok.. :)

Pelbagai khasiat daun pecah beling


Ikan goreng lada hitam

$
0
0

Ada ketika saya suka makan nasi tanpa kuah.
Kadang-kadang makan macam tu sungguh menyelerakan, nasi bertambah-tambah. Tapi kenalah ada sambal atau cili kicap. :)

Meh tengok resipi ikan goreng saya ni.
image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ikan bawal putih digoreng tanpa kunyit.
2) 1 labu bawang besar yang dihiris bulat.
3) 6 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang.
4) 1/2 tsp serbuk kasar lada hitam
5) Beberapa tangkai daun bawang yang dihiris

Caranya:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2) Masukkan bawang besar, daun bawang dan kemudian lada hitam & garam
3) Akhir sekali masukkan ikan.

Tadaa, dah boleh dihidang..



Hati Masak Serai

$
0
0

Dah lama sangat tak masak hati lembu. Selain dari goreng kunyit, saya suka juga kalau hati lembu dipotong kecil-kecil dan masak rendang dengan daging dan limpa. Hmm.. memang sedap!

Masakan kali ini banyak guna serai dan sebab itulah saya namakan resipi ini Hati Masak Serai.. bila dah banyak serai, memang wangilah masakan ini. :)

image

image

Bahan-bahan:
1) 1/2 kilo hati lembu di hiris nipis
2) 5 batang serai dipotong dan tumbuk hancur
3) 6 ulas bawang putih di tumbuk bersama serai
4) 2 batang cili merah & garam secukup rasa.

Perap hati dengan bahan yg ditumbuk selama 4 jam di dalam peti sejuk. Kemudian goreng hingga garing dan masukkan cili merah. Kalau suka pedas boleh masukkan cili padi..

Mudahkan?

Tak nak cuba ke? :D


Perilla

$
0
0

Perilla adalah tumbuhan herba yang banyak terdapat di Korea, Jepun, India dan Nepal. Baunya agak wangi dan rasanya sedikit pedas. Daun perilla ini dimakan mentah atau dicelur.

Orang Korea akan meramas daun ini dan memasukkan ke dalam hidung bagi merawat sakit kepala dan menghilangkan keletihan.

Daun ini kaya dengan nutrients, vitamins dan omega 3 fatty acids, khususnya alpha-linolenic acid dan juga mempunyai ciri-ciri anti radang.

image

image

Menurut The Medical Details of Herbal Plants; daun perilla membantu menghilangkan bau, membantu aliran tenaga dan menguatkan limpa serta perut. Ia juga boleh melegakan batuk berkahak, meningkatkan buang air kecil dan menyahkan toksik keracunan ikan.

Menurut Penyelidikan di Korea, daun perilla didapati mengandungi bahan-bahan aktif yang boleh menghapuskan dari badan sodium nitrite, yang lazimnya terhasil dari memakan daging yang diawet. Daun perilla juga kaya dengan vitamin A & C dan klorofil yang boleh memberi perlindungan terhadap kanser dan menghalang terhadap pembentukan dan pertumbuhan tumor. Serat yang terkandung dalam daun perilla membantu meningkat proses penghadaman dan membantu badan menyahkan sisa toksik. Daun perilla ini juga sarat dengan flavonoid yang dikenali sebagai anti kedut dan anti penuaan.

Bagaimana? Adakah anda bersedia untuk mencuba perilla? :)

Korean Perilla


Daun Peria Pantai

$
0
0

Daun Peria Pantai mudah dikenali kerana ia berkilat. Rasanya sedikit pahit dan lemak. Biasanya daun mudanya dicelur dan dimakan bersama sambal. Ada juga yang gemar buat masak lemak atau masak bening.

Daun ini dikatakan dapat menstabilkan tekanan darah dan mengawal gula dalam darah. Bagi setengah orang daun peria pantai boleh mendatangkan masalah angin dalam badan dan cirit birit kalau makan berlebihan.

Hidangan kegemaran anak saya..
Meh tengok resipi peria pantai. :)

image

image

image

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk pucuk peria pantai yang telah dicelur dan ditoskan.
2) 1 tbsp minyak bijan
3) 1/2 tsp serbuk kasar cili kering. Kalau suka pedas tambah serbuk cili kering..
4) 1/2 biji lemon, nak masam lebihkan jus lemon.
5) 3″ ikan masin kurau, dihiris kecil dan nipis
6) 3~4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang.
7) 1 tsp bijan yang digoreng tanpa minyak.

Caranya:
1) Campurkan semua bahan 1~ 4 dan masukkan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
2) Goreng ikan masin dan bawang putih sehingga kekuningan dan kemudian tos kan.
3) Masukkan bahan yg digoreng dan biji bijan ke dalam pucuk peria pantai dan gaul sehingga rata..

Selamat menjamu selera :)


My favourite side dish.

$
0
0

Ahli pemakanan mengatakan, sayur-sayuran perlu dijadikan sebahagian besar daripada diet harian kita dan salad adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang berlainan jenis mengandungi gabungan nutrien yang berlainan, jadi makan banyak jenis sayuran salad akan memberi banyak manfaat kepada sel-sel badan dan kesihatan.

Makan salad adalah cara mudah untuk kurangkan kalori. Diet yang tinggi serat ini boleh membantu mengurangkan berat badan, menurunkan paras kolesterol, merawat sembelit dan mencegah daripada pelbagai penyakit seperti masalah jantung dan tekanan darah…

Saya juga suka memasukkan minyak zaitun atau minyak bijan ke dalam hidangan salad kerana ia akan membantu meningkatkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan dan juga menambahkan rasa sedap pada salad… :)

image

image

image

image

image

Bahan-bahan:
1)  4 helai daun Perilla dimayang halus. Daun ini bila dihiris mengeluarkan bau yang agak kuat. Saya suka bau dan rasanya yang unik.
2)  Segenggam  daun Arugula
3)  Segenggam daun Mizuna
4)  8 biji tomato ceri dibelah tiga
5)  1/2 labu bawang besar dipotong kiub
6)  1 tbsp minyak zaitun
7)  1/4 tsp serbuk jintan manis
8)  1 tsp madu dan jus dari 1 biji lemon
9)  1/2 tsp serbuk kasar cili kering, lada hitam dan garam secukup rasa.

Campur bahan 6~9 dan gaul hingga sebati dan kemudian masukkan semua bahan 1~5 dan gaul hingga rata.

Salad ini sesuai dimakan bila-bila masa dan sangat berkhasiat.

Jom kita amal makan salad! :)


Hanya saya yang suka masakan ini!

$
0
0

Bila suami kata dia kurang suka daun kaduk dan tolak mangkuk sayur tu ke depan saya, hati saya berkata “bestnya”! :D
Hanya saya seorang je yang suka makan daun kaduk dan masakan ini, hahaha…

Biasanya daun kaduk dimakan sebagai ulam mentah atau dicelur. Air rebusan selalunya diminum bagi merawat masalah penghadaman, menurunkan suhu badan kerana demam panas dan juga untuk mengatasi masalah angin dalam perut dan usus.

image

image

image

Bahan-bahan:
1) Semangkuk Pucuk muda daun kaduk
2) 2 tbsp biji bijan, ditumbuk bagi pecah bijan
3) 1/2 cawan air
4) 1/2 tsp serbuk kasar cili kering
5) Sedikit serbuk jintan manis
6) Sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
7) 1/2 cawan santan pekat atau santan kotak kara.

Masak semua bahan 2~6 hingga mendidih. kemudian masukkan daun kaduk dan akhir sekali masukkan santan. Bila dah mendidih bolehlah tutup api. Jangan dibiarkan lama atas api nanti akan naik minyak, tak sedap…

Untuk masakan ini, citarasa kami berbeza.. ;)


Viewing all 603 articles
Browse latest View live