Assalamualaikum & hi
Hidangan makanan kita setiap hari boleh memberi kesan kepada kesihatan badan untuk hari ini, esok dan pada masa hadapan.
Makan diet yang sihat dan seimbang digabungkan dengan aktiviti fizikal adalah sangat penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik serta dapat mencegah risiko penyakit jantung, kanser dan kencing manis. Disamping itu, diet yang baik juga membantu kita mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat.
Pelbagaikan makanan, kerana satu jenis makanan saja tidak dapat menyediakan semua nutrien yang diperlukan oleh badan :)
KERAPU ASAM REBUS
Bahan-bahan:
1) 1 ekor ikan kerapu dipotong dua
2) 2 1/2 cawan air
3) 2″ lengkuas
4) 3 ulas bawang putih dibelah dua
5) 4 keping asam gelugor. Kalau suka lebih masam boleh je tambah asam gelugor
6) 2 biji cili hijau dibelah dua dan dibuang biji
7) 6 tangkai cili kering dihiris dan dibuang biji
8) Serbuk kunyit
9) 3~5 tangkai daun kesom. Saya suka masukkan banyak daun kesom
10) Garam secukup rasa
Cara:
1) Masukkan semua bahan 1~8 ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih
2) Kecilkan api dan reneh selama 15 minit. Akhir sekali masukkan daun kesom dan garam secukup rasa.
Sedap hirup kuahnya panas-panas..
SALAD SEGAR
Bahan-bahan:
1) 1 pek alfalfa, basuh dan toskan
2) 1 biji tomato dihiris nipis
3) 1 batang carrot dihiris
4) 2/3 biji jus lemon
5) 6 ulas bawang merah
6) 2 1/2 tbsp minyak bijan
7) Sedikit cili padi dihiris nipis
8) Garam secukup rasa.
Gaul semua bahan sehingga rata.
“LET YOUR FOOD BE YOUR MEDICINE” – Hippocrates
