As salam
Untuk entri hari ini saya nak kongsi resipi tomyam yang begitu mudah untuk disediakan.
Bagi yang perihatin pada kesihatan, menu hari ini memang sangat sesuai kerana resipi ini kaya dengan herba dan berkhasiat…
Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung (kecil), Potong ikut citarasa
2) 4 cawan air
3) 3″ lengkuas dihiris
4) 2 batang serai diketuk
5) 1 biji tomato dibelah 8
6) Cili padi
7) 1 biji bawang besar dihiris bulat
8) 4 helai daun limau purut
9) Segenggam daun ketumbar dihiris
10) Jus lemon dan garam secukup rasa
Cara:
1) Didihkan air dan masukkan ayam yang telah dicuci dan dibuang kulit
2) Mendidih rebusan ayam, kecilkan api
3) Masukkan bahan lengkuas, serai, tomato dan cili padi. Reneh selama 20 minit
4) Akhir sekali masukkan bahan 7~10. Masak selama 1 minit, bolehlah padam api
Selamat mencuba
