Semalam dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru singgah sekejap di R & R Pagoh beli buah. Nak beli mangga muda untuk buat kerabu tapi tak ada. Saya beli jugalah 2 biji, dah kekuningan tapi masih keras jadi boleh jugalah nak buat kerabu.
Teringat semasa zaman budak dahulu, mak saya suka sangat buat kerabu mangga. Dia akan parut mangga dan masukkan belacan, cuka, gula, bawang, cili padi dan garam. Sangat sedap tapi saya tak pernah buat kerabu macam tu sebab di rumah saya tak ada belacan dan cuka. Dah lama saya tak beli cuka putih sebab saya baca cuka biasa tu tak baik untuk kesihatan jadi saya selalunya guna cuka epal je. Saya juga tak pernah beli belacan sebab suami tak suka. Dia tak tahan dengan bau belacan, so semua masakan saya tak pernah masukkan belacan, hehe..
Anyway, kerabu mangga herba ni sedap bagi mereka yang suka makan ulam. Kalau nak buat kerabu ni mangga mestilah masam, baru best!
Bahannya:
1) 1 biji mangga di sagat
2) Segenggam daun selasih, segenggam daun kesom, 1 tangkai bunga kantan, 1 labu bawang besar, sedikit daun ketumbar dan cili padi. Semua di hiris nipis
3) 1/2 tbsp madu dan garam secukup rasa. Oleh kerana mangga ni dah masam jadi saya tak masukkan jus limau nipis.
Saya gaulkan semua bahan sehingga rata.
Dah boleh dihidang! Bagi saya kerabu ni memang sedap dan bukan tu je, ia juga sangat berkhasiat… bolehlah cuba, mana tahu anda mungkin suka dengan kerabu yang simple ni
