Quantcast
Channel: Kasih Ilmar
Viewing all articles
Browse latest Browse all 603

Khasiat Pear & Pajeri Pear

$
0
0

Makan pear boleh menyumbang kepada kesihatan kolon. The world’s healthiest Foods melaporkan bahawa vitamin antioksidan dalam pear boleh melindungi anda terhadap kerosakan kolon yang boleh membawa kepada kanser.

Pear juga berfaedah untuk kesihatan jantung. Serat yang terkandung dalam pear boleh merendahkan kolesterol. Ia juga rendah kalori dan rendah lemak, dapat membantu menurunkan berat badan.. :)

Kalau selalu masak pajeri nenas atau pajeri terung, apakata kali ini cuba pula pajeri pear?

image

image

image

Bahan-bahan:

1) 2 biji pear.
2) 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 2 tbsp ikan bilis dikisar.
3) 5 tbsp rempah kari ikan.
4) 2″ halia dimayang.
5) 2 tbsp gula merah (saya guna natural molasses sugar).
6) 3″ kulit kayu manis.
7) 1 kotak santan kara atau 1 cawan santan segar pekat.
8) 2 tbsp kerisik dan 1 keping asam gelugur
9) 1/2 cawan air dan garam secukup rasa.

Cara membuatnya:

1) Tumis bahan yang dikisar, halia dan kulit kayu manis hingga kekuningan.
2) Kemudian masukkan serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air dan masak di atas api yang kecil hingga naik minyak. Kacau selalu.
3) Masukkan buah pear dan 1/2 cawan air, kacau hingga rata. Bila dah mendidih masukkan santan, asam gelugur dan kerisik dan masak di atas api yang kecil hingga kuah menjadi pekat.

Sesuai dihidang bersama ikan perkasam atau ikan masin kurau..
Mungkin ada yang tertanya-tanya sedap ke pajeri pear ini?
Bagi saya sedap tapi citarasa masing-masing mungkin berbeza :)

What are the benefits of Asian Pear.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 603